BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 23, 2011

Pengalaman Bercuti Di Kuala Lumpur, N.9, Melaka.... :)














































Alhamdulillah saya sekeluarga selamat bercuti ke Kuala lumpur pada 17 hingga 21hb feb yg lalu. hari first tu kami bertolak dari rumah seawal jam 6 pagi padahal flight jam 11.. adoiiyai.. bingung gak saya.. "telebih sudah" pom dya kata stacy.. huhuhu
Fuhh, dah seminggu lebih blog ni bersawang. Al maklum aje la, sy n family p becuti la katakan. sy ke Kulala Lumpur menaikki AirAsia yang menyediakan penerbangan terus ke Kuala lumpur. Tak perlu lagi transit g Jb ke apa lar.. direct to the point. Mudah dan senang,hehe. Thx to AirAsia pilot,Kapten Chandra Mohen yang berjaya membawa sy n family dengan begitu cool sekali. :D
babak 2
TIBA DI KUALA LUMPUR
kami tiba d lapangan terbang LCCT tepat2 jam 1.11 mnit petang.. kami disambut dan dilayan mesra oleh sepupu sepapat kami iaitu abe judin n abe madin plus c khayrill. zup zap! zup zap! zup zap! sampai dah d pusat bandar kuala kumpur yang memakan masa selama lbh krang 30 mnit.. sdh smpai perut pula dah menyanyi keroncong untuk ana.. hehe.. sblum tu,, kami check in d hotel comfort inn yang dikatakan orang sabah kebanyakan tinggal d hotel tu.. bagus kc nama hotel tu hotel dibawah bayu kan.. hehe.. >>>>>>> Perut pun dah kenyang.. kami pun merancang lar g KLCC.. kami nek putra p sna.. hmm,,dlm hal ne kan.. aku heran lar.. law nek keta punya lar men jauh bejalan pa lagi berjalan kaki kan.. konfom la tecabut kaki kan.. hehe.. tp,, law nek putra ne kejap jak sampai.. almaklumlah,, kelajuan tahap gaban pnya.. hehehe.. x lama kemudian kami pun sampai la d KLCC kami round n servay lar smua kdai.. kami p konikuya(btul ka tu)kedai buku, kedai2 baju lar yang ada jugak d sabah.. hehe..pun kna check jugak kan.. heee,, apala.. hehe.. pas tu,, ehmmm,, sekali lagi p mamam.. tapi ne kali trip skit lar mkan western food kono.. hahaha.. lbih kurang jam4.00 pm mcm tu kami pun p lar taman yang agak jauh dri KlCC tu.. lbih krang 10 Langah dri KlCC.. heehehe.. pemandangan taman tu sangat indah belaka.. ada air pancut.. sy ulang lagi air pancut.. bukan pancut lain2 ar.. hehee.. Tak ubah seperti persekitaran di taj mahal dan di machu picchu. Kebanjiran warga malaysia membuatkan saya merasa tenang dan selesa.. fuh!!nyamanya ketika itu..
malam itu... kami ke dataran merdeka hanya untuk sesi fotografi.. huhu.. ada gak lar mat2 rempit tu tyme tu.. tp x banyak..
pas tu kami dibawa lar plak p down town.. tuk membeli belah.. banyak lar barangan sna.. bagus2 nda mata rambang jadi pula mata rambang.. than ati jak mo beli.. save2 kon.. almaklum lagi lah,, baru first day.. ehehe..
babak 3
BERCUTI DI N.9 DAN KOTA BERSEJARAH(MELAKA)
ok.. tyme untuk bercerita kini kembali.. hehe.. setelah lama blog ini mendiamkan diri.. ari tu to be continued.. hehee hmm,, ari tu ari jumaat.. aku dan keluarga pula tinggal dirumah mentua abe sepupu ku di rawang, selangor yang memakan masa lbih krang setengah jam lebih dari pusat bandar kuala lumpur.. aku dan abang seperti biasa la mmg bangun tepat2 jam tujuh pagi.. kat kL jam 7 masih dikira awal pagi.. law kat sabah jam 6 pagi.. so masih syuruk.. hehehe.. smpat lagi solat subuh wlaupn lewat.. hehe.. jam 9 pagi kami pun bertolak menuju ke pusat bandar untuk ke melaka.. perjalanan ke melaka memakan masa lebih kurang 2 jam lar..Haritu jugak aku dengan sepupu n family aku singgah sebentar di nilai, negeri sembilan.. sekalai lagi,, mata menjadi mata rambang apabila menjejakkan kaki d nilai 3. . emak dan macik pulak tidak melepaskan peluang untuk membeli baranagan yang dijual d gedung pakakian dan peralatan rumah tu.. harganya cukup murah berbanding harga yang dipasarkan di sabah ataupun d negeri2 lain.. hehee...  >>>> jam 11 pagi kami pun meneruskan perjalanan kami menuju ke melaka.. lbh krang jam 12 tgh kami pun tiba di simpang menuju ke alor gajah.. yang peliknya melaka hanya memiliki 3 buah daerah sahaja.. pekara ni membuatkan aku merasa pelik kerana jika dibandingkan dengan sabah, sabah lebih kurang 20 lebih buah daerah.. kami meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan ayer keroh.. setiba sampai, kami singgah makan sebentar di taman lebah.. perr!! itulah first time aku makan masakan asam pedas.. yum! yum.. keluar air liur law di ingatkan balik.. hehehe.. macam mau rasa jak balik.. hehehe.. jam 1 petang kami ke pusat bandar negeri melaka untuk melawat tempat2 bersejarah dan tmpat pelancongan spt kota a'famosa, menara taming sari, kapal belanda,dataran merdeka dimana tunku abdul rahman menistiharkan KEMERDEKAAN.. huh.. 
Berdasarkan pengalaman aku yang dah pergi Tempat2 ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. mau kata besar tu tak besar sangat la. Macam kinabalu park taw pn poring kat sabah dah dikira besar dah tu... tempat ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam  kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni tdk la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat jak
Overall, aku bagi 5 out of 5 stars kepada tempat2 besejarah kat melaka ni. Sanagt menakjubkan .. hehe.. Tapi waktu aku datang tu, a.. ada banyak lagi mau cerita.. ni baru suku ne.. bayak lagi pengalaman aku yang mau diutarakan.. hehe.. k.
so,, Korang enjoy dulu tengok gambar-gambar yang sempat aku snap ni eh. Aku pakai kamera biasa je, so maybe ada gambar yang kinda lame. Hahaha. So, just bear with it, ok? :P

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger diluar sana terutama sekali kepada pembaca kepada blog bongsu ini, sebelum terlambat saya nak ucapkan selamat menyambut hari maulidur rasul kepada semua yang akan berlangsung pada hari esok, rasanya ramai dah yang tahu makna "maulidur rasul" tapi saya mau cerita juga sedikit sebanyak tentang hari yang mulia ini ok, maulidur rasul ini bermaksud kelahiran Rasulullah junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T bersama kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada kita umat akhir zaman hingga sekarangni, maka setiap tahun pada hari kelahiran Baginda, umat islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis untuk memperingati hari keputeraan Baginda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah agama,perarakkan dan banyak lagi.

Jadi kepada yang berkesempatan esok pergilah sertai aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan Baginda, Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih,insyallah~amin