BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger diluar sana terutama sekali kepada pembaca kepada blog bongsu ini, sebelum terlambat saya nak ucapkan selamat menyambut hari maulidur rasul kepada semua yang akan berlangsung pada hari esok, rasanya ramai dah yang tahu makna "maulidur rasul" tapi saya mau cerita juga sedikit sebanyak tentang hari yang mulia ini ok, maulidur rasul ini bermaksud kelahiran Rasulullah junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T bersama kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada kita umat akhir zaman hingga sekarangni, maka setiap tahun pada hari kelahiran Baginda, umat islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis untuk memperingati hari keputeraan Baginda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah agama,perarakkan dan banyak lagi.

Jadi kepada yang berkesempatan esok pergilah sertai aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan Baginda, Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih,insyallah~amin


0 comments: